Ahad, 25 Februari 2018

Kuih Bahulu

KUIH BAHULU


Image result for kuih bahulu
Kuih bahulu atau baulu merupakan sejenis makanan tradisional orang Melayu yang biasanya sangat terkenal terutamanya pada hari raya dan hari-hari keramaian. Walaupun demikian, ketika ini kuih bahulu boleh didapati di pasaraya-pasaraya pada bila-bila masa kerana sambutan yang menggalakkan.
Secara amnya kuih bahulu terdiri daripada 3 jenis iaitu kuih bahulu kecil iaitu bahulu cermai, bahulu lapis dan bahulu gulung. Bahulu lapis dan bahulu gulung agak sukar didapati di pasaraya kerana perlu ditempah daripada pembuat kuih tradisional.,

SEJARAH KUIH BAHULU
Related image

Mengikut sejarah orang-orang dahulu, perkataan BAHULU atau BAULU adalah datang dari frasa "buah tangan daru hulu". 
Ini kerana orang-orang dahulu menggunakan pengangkutan air sebagai jalan utama.

Oleh kerana ketinggian budi orang Melayu, mereka sangat menghormati jiran tetangga dan saudara mara.
Kuih bahulu dijadikan buah tangan dan menjadi medium pengerat hubungan sesama mereka.



RESIPI KUIH BAHULU

Bahan-bahan:


    Image result for kuih bahulu
  • Tepung gandum (dalam 250g)
  • Telur (10 biji)
  • Gula (400g)
  • Perasa vanilla atau perasa pisang (secukup rasa)
Cara-cara penyediaan:


  1. Susun bahan-yang diperlukan pada satu tempat.
  2. Pecahkan 10 biji telur dan masukkan kedalam bekas mixer atau bekas batter.
  3. Masukkan 400g gula kedalam bekas mixer.
  4. Masukkan perasa vanilla atau perasa pisang secukup rasa.
  5. Mulakan mixer atau gaul sebatian tadi sehingga menjadi kembang dan bertukar menjadi putih (agak-agak dalam 5 minit dengan menggunakan mixer).
  6. Masukkan 250g tepung gandum ke dalam mixer secara perlahan lahan setelah sebatian kembang. 
  7. Biarkan mixer untuk seminit dua lagi atau gaul sehingga sebatian menjadi rata.
  8. Sementara membuat adunan tadi, panaskan bekas acuan untuk membuat bahulu di dalam oven. Setelah adunan siap, keluarkan bekas acuan tadi dan sapukan minyak pada bekas acuan tersebut. 
  9. Berhati-hati semasa ingin mengeluarkan acuan tersebut. Gunakan kain alas untuk mengeluarkan acuan tersebut kerana acuan tersebut sangat panas.
  10. Masukkan adunan ke dalam bekas acuan tersebut. Jangan letak sehingga penuh kerana nanti kuih akan kembang dan akan terkeluar daripada landasannya. Orang biasa panggil 'bentat'.
  11. Bakar di dalam oven pada suhu 200C selama 10 minit ataupun sehingga nampak kekuningan.
  12. Keluarkan dengan berhati-hati dan letakkan dalam bekas. 
  13. Kuih bahulu sedia dihidangkan bersama teh atau kopi.

GALERI KUIH BAHULU

Related imageImage result for kuih bahuluRelated image
Image result for kuih bahuluImage result for kuih bahuluImage result for kuih bahulu

Ahad, 18 Februari 2018

Blog Makanan: Roti Canai

BLOG MAKANAN: ROTI CANAI

Related image

SEJARAH ROTI CANAI
Roti canai atau roti jenis leper yang berbentuk bulat ini, merupakan satu makanan kegemaran di Malaysia. Ia dimakan sebagai makanan pagi, tengahari, petang, dan malam. Sering kali dimakan bersama dengan teh tarik, atau teh ais.Biasanya dihidangkan dengan kuah dal atau parpu atau kari dengan sambal ikan bilis.
Penggunaan perkataan canai dalam bahasa Melayu dibelakang roti adalah hasil dari tingkahlaku pencanai roti tersebut dalam meleperkan, menganginkan dan menebar doh roti. Ada juga menyatakan perkataan canai dibelakang roti ini asalnya dari jenis dal yang digunakan bersama roti ini, yakni "Channal". Pada versi yang lain, perkataan canai ini datangnya dari nama bandar ChennaiIndia disebabkan ramai pencanai roti ini kebanyakkan berasal dari sana pada ketika kebanjiran orang India di Malaysia.
Roti canai di India dan Singapura, ia lebih dikenali sebagai roti pratha. Rupa roti pratha dengan roti canai adalah sama dan bentuknya masih lagi bulat.

CARA PENYEDIAAN ROTI CANAI

Image result for roti canai

Bahan-bahan:

  1. 600 g tepung gandum
  2. 1 camca garam
  3. 1 camca gula halus
  4. 2 biji telur, dipukul
  5. 125 ml susu segar
  6. 125-130 ml air
  7. 3-4 camb minyak
  8. 3-4 camb minyak sapi
  9. minyak/minyak sapi untuk menggoreng

Penyediaan:

Gaulkan 3 bahan pertama, masukkan telur, susu dan air sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh. Uli selama 10 min hingga licin dan lembut. Jika terlalu keras, basahkan tangan dengan air kemudian uli lagi. Bahagikan 7 atau 8 bebola. Letak dalam mangkuk. Lumur dengan minyak dan minyak sapi. Tutup dengan tuala lembab, biar 6-8 jam (semalaman). Ambil sebiji, leperkan seberapa nipis yang boleh (stail tersendiri). Angkat hujungnya dan biar memanjang seperti tali kemudian buatkan bulatan. Leperkan agar lapisannya bercantum semua. Jika cara ini sukar, memadai dengan melipat 4 kemudian goreng dalam sedikit campuran minyak/minyak sapi.

Variasi Roti Canai

Terdapat beberapa jenis variasi roti canai iaitu:-
Image result for roti telurImage result for roti sardinImage result for roti naanImage result for roti tampal
  • Roti Telur, dicampurkan dengan telur selepas doh roti ditebarkan.
  • Roti Sardin, dicampurkan dengan sardin dalam tin bersama sos tomato dan diletak bawang yang didadukan.
  • Roti Telur Bawang, dicampurkan dengan telur bersama penggunaan bawang merah yang banyak.
  • Roti Pisang, dicampurkan dengan pisang yang telah dilenyek.
  • Roti Bom juga dipanggil roti boom, jenis roti canai yang dibuat bentuknya kecil dan lebih tebal dari roti canai. Adunan doh dan cara penebaran dan canai, adalah sama dengan roti canai.
  • Roti Planta, dicampurkan dengan marjerin yang banyak. Penggunaan nama Planta dibelakang kerana ia adalah satu jenama marjerin yang popular di Malaysia, kerana penggunaanya oleh orang Malaysia.
  • Roti Petak, atau roti canai sebenarnya, penggunaan nama ini bukan secara umum, penggunaan ini digunakan segelintir oleh orang Malaysia kerana mahu roti canai yang baru dibuat dan dimasak. Kebanyakkan roti canai(berbentuk bulat), telah siap dimasak awal-awal dan akan dipanaskan semula bila dipesan.
  • Roti Banjir, adalah roti canai yang telah dipotong kecil-kecil, dan dicampurkan kuah dal atau kuah kari yang banyak. Sambal akan diletak sedikit.

Sumber dari Wikipedia: Roti Canai

Jumaat, 9 Februari 2018

SK Sri Adika Raja, Gerik


SEKOLAH KEBANGSAAN SRI ADIKA RAJA, GERIK


"SELAMAT DATANG KE BLOG SK SRI ADIKA RAJA, GERIK.DI BLOG INI, ANDA AKAN MENGETAHUI SEGALA MAKLUMAT TENTANG SEKOLAH INI. SILA LAWATI BLOG INI."









SEJARAH SEKOLAH

PENGASAS SEKOLAH


Diasaskan pada 1896 oleh Mr. H.M Berkeley yang merupakan Pegawai Pentadbir Daerah Hulu Perak pada masa itu.

ASAL NAMA SEKOLAH

Nama sekolah sekarang ialah SEKOLAH KEBANGSAAN SRI ADIKA RAJA, GERIK. Pada tahun 1896, sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Melayu Gerik. Kemudian ianya ditukar dan sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Umum Gerik. Pada tahun 1979, nama sekolah ditukar sekali lagi dan dikenali dengan nama Sekolah Rendah Sri Adika Raja, Gerik. Pada tahun 1998, selaras dengan arahan Kementerian Pendidikan ( sekarang Kementerian Pelajaran ), semua Sekolah Rendah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan, sekolah ini turut berbuat demikian dan dikenali dengan Sekolah Kebangsaan Sri Adika Raja, Gerik.

Sebenarnya, nama sekolah ini pada asalnya ialah Sekolah Umum Gerik namun pada tahun1979, atas inisiatif En. Mustaffa bin Panjang Baman, ianya ditukar kepada Sekolah Rendah Sri Adika Raja bersempena gelaran Orang Besar Jajahan Hulu Perak iaitu Orang Kaya-kaya Sri Adika Raja, Orang Besar Kelapan Negeri Perak Darul Ridzuan.
Diasaskan oleh Mr. H.M Berkeley pada tahun 1896, ianya lebih dikenali dengan nama Sekolah Melayu.

Pada hari pertama persekolahan, terdapat 15 orang murid dan seorang guru iaitu En. Mat Saman b. Abdul Samad. Menjelang tahun 1912, bilangan murid bertambah menjadi 30 yang terdiri dari murid lelaki dan perempuan. Murid perempuan diajar oleh Pn. Mek Yah dan kelas pada zaman itu hanya setakat darjah 5 sahaja.

Sebaik sahaja tamat Perang Dunia ke-2, sekolah asrama mula ditubuhkan dan dikhaskan bagi murid yang tinggal berjauhan dari sekolah. Tempatnya ialah di Kelab Pejabat Daerah Gerik. Sebelum ini, semua murid darjah 6 dihantar ke Sekolah Melayu Lenggong. Kegiatan ko-kurikulum mula diadakan seperti aktiviti pengakap dan juga sukan. Pada waktu petang, kelas agama dijalankan dan kelas ini diajar oleh Tn Hj Abdullah, bekas Qari istana ketika pemerintahan Al-Marhum Sultan Iskandar.

Setelah Malaya merdeka pada tahun 1957, sekolah ini telah bertukar ganti nama dari Sekolah Melayu Gerik ( Malay's Boys and Girls School ) ke Sekolah Umum Gerik, kemudian bertukar kepada Sekolah Kebangsaan Gerik dan Sekolah Rendah Sri Adika Raja, Gerik pada tahun 1979. Akhirnya, selaras dengan arahan Kementerian Pendidikan, nama sekolah ini secara rasmi kepada sekolah Kebangsaan Sri Adika Raja pada tahun 1998.

Sebelum pembinaan bangunan ( bangunan 2 tingkat ) bangunan-bangunan sekolah ini bertaburan agak jauh di antara satu sama lain dan ini menimbulkan kesukaran kepada guru-guru. Mereka terpaksa berbasikal untuk ke kelas. Pada tahun 1974, bangunan baru yang bernilai RM 160,000.00 telah dibina dan telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir b. Mohamad ( ketika itu Dato' ), Menteri Pelajaran Malaysia, pada 26 Ogos 1975. Pada masa yang sama sekolah ini telah mencapai kemajuan yang pesat di mana bilangan murid telah mencapai jumlah 800 orang. Terdapat juga murid dari kalangan orang asli yang turut bersekolah di sini.

Pada tahun 1980, sekolah ini telah dinaikkan taraf ke gred A dengan jumlah ramai murid seramai 900 orang dengan 32 orang tenaga pengajar. Angka ini menjadikan sekolah ini ialah sekolah rendah yang terbesar di daerah Hulu Perak. Pada tahun 1988, satu blok bangunan 3 tingkat telah dibina dengan kos RM 400,000.00. Bilangan murid telah mencecah angka 1,000 dan jumlah tenaga pengajar meningkat dari 32 kepada 40 orang.

Pada tahun 1990, bilangan murid telah mencecah angka 1,300 orang dengan 46 orang guru. Pada tahun yang sama, dua sesi persekolahan diwujudkan, pagi dan petang, akibat kekurangan kelas dan pertambahan murid. Pada tahun 1997, semua murid orang asli yang belajar di sekolah ini telah dipindahkan ke sekolah yang lain.

Sekolah ini juga mempunyai asrama desa yang mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 1996. Asrama ini dapat menampung seramai 100 orang pelajar ( 50 lelaki, 50 perempuan ). Satu lagi peluang pendidikan bagi golongan kurang upaya telah wujud di sekolah ini dengan wujudnya kelas pendidikan khas. 10 orang murid menjadi perintis kelas ini bersama 3 orang tenaga pengajar.

Pada tahun 1998, jumlah tenaga pengajar di sekolah ini bertambah kepada 53 orang. Pada tahun 2000, satu blok bangunan 4 tingkat telah dibina dan siap pembinaannya pada penghujung 2002. Ianya mula digunakan pada awal 2003 dan persekolahan 2 sesi dimansuhkan dan ditukar kepada satu sesi sahaja. Kini pada tahun 2005, Sekolah Kebangsaan Sri Adika Raja mempunyai murid seramai 1220 orang, 60 orang guru serta 12 kakitangan sokongan.


VISI SEKOLAH

" UNTUK MENJADIKAN SK SRI ADIKA RAJA, GERIK SEKOLAH YANG EFEKTIF, KONDUSIF, CERIA DAN CEMERLANG DALAM BIDANG AKADEMIK, SAHSIAH DAN KO-KURIKULUM SERTA MELAHIRKAN PELAJAR YANG BERHEMAH TINGGI, BERDISIPLIN, BERBAKAT DAN JUGA BERKETRAMPILAN DALAM SEMUA BIDANG SELARAS DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN"


MISI SEKOLAH

  1. Berusaha mempertingkatkan kualiti peratus prestasi UPSR dari segi kualiti (5A) dan kuantiti ( lulus ABC ) ke tahap yang cemerlang dalam bidang akademik.
  2. Sentiasa mempastikan peningkatan peratus lulus dalam semua subjek dalam peperiksaan melebihi 10% dari tahun sebelumnya.
  3. Mewujudkan Budaya Kerja Cemerlang dalam tugas-tugas harian di kalangan gugu dan staf sokongan pada setiap masa.
  4. Melahirkan pelajar-pelajar yang berdisiplin, berakhlak mulia, berilmu, berfikiran positif serta berketrampilan dalam bidang sahsiah.
  5. Sentiasa mencungkil bakat serta potensi murid dalam semua bidang serta membina semangat daya saing untuk menghadapi cabaran masa kini dalam bidang ko-kurikulum.
  6. Memupuk semangat gotong royong dalam usaha menceriakan kawasan sekolah dan bilik darjah ke arah yang lebih menarik, selesa dan kondusif.
  LAGU SEKOLAH


Dikaulah sekolah kesayangan kami
Dikaulah sekolah kebanggaan kami
Dikau sentiasa terpahat di hati
Dikau sentiasa dijunjung tinggi.

Jasamu tetap harum mewangi
Menabur bakti mendidik kami
Bagai obor semarak menyala
Memberi petunjuk menerangi gelita.

Kami berikrar dan berjanji
Menimba ilmu sepenuh hati
Mencurah bakti pekerti mulia
Berjasa pada nusa bangsa.

Kami semua anak wawasan
Berusaha mencapai segala harapan
Maju, maju terus cemerlang
Maju, gemilang dan terbilang. 

HUBUNGI KAMI

Alamat         : No. 1, Jalan Meor Yahya, 33300, Gerik, Perak
No Telefon : 05-791 2195
Faks             : 05-791 2896
Email           : skadikaraja@yahoo.com